CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 6, 2008

6 Mac 2008 / 28 Safar 1429







Polis rampas 260kg dadah, Tumpas sindiket Antarabangsa

Oleh HANIZA HASSAN

JOHOR BAHRU 5 Mac - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa setelah merampas 45.8 kilogram (kg) dadah jenis ketamin dan 215 kg syabu bernilai RM44 juta di sini semalam.

Polis percaya dadah yang dirampas itu boleh menghasilkan sehingga 44 juta dos dan digunakan untuk tujuan dieksport ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin berkata, serbuan dilakukan serentak di sebuah kilang dipercayai memproses dadah di kawasan perindustrian Senai dan di sebuah premis di Taman Pelangi di sini pukul 3.10 petang.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas peralatan makmal memproses dadah berkenaan, empat buah kenderaan iaitu Proton Wira, Honda City, Honda Odessey dan Mitsubishi Storm selain wang tunai RM551,900.

"Pihak polis juga berjaya tahan 13 suspek iaitu enam warganegara Mexico, seorang Kanada, empat Singapura dan dua rakyat tempatan yang berusia antara 20 dan 50 tahun.

"Seramai 10 warga asing itu ditahan semasa serbuan manakala dua rakyat tempatan dan seorang lagi warga asing ditahan selepas pihak polis melakukan siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Zul Hasnan berkata, keenam-enam warga Mexico itu dipercayai berada di Malaysia sejak dua minggu lalu.



"Rampasan dadah itu merupakan pembongkaran makmal haram memproses dadah dan rampasan dadah yang terbesar bagi tahun ini," katanya.

Beliau berkata, semua suspek terbabit kini dikenakan perintah tahanan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Zul Hasnan berkata, kejayaan itu hasil usaha gigih risikan polis JSJN Bukit Aman dan Johor dalam membanteras dan menyekat kegiatan pengedaran dadah agar matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara bebas dadah menjelang 2015 menjadi kenyataan.


Komen

Setia tahun, peningkatan penagih dadah di malaysia semakin meruncingkan malah mengakibatkan berlakunya kesan sosial yang begitu mendalam kepada masyarakat negara ini, sungguhpun berita penangkapan seperti ini sudah menjadi kelaziman kepada pihak polis tetapi persoaalannya sekarang adakah mereka sedar tentang kepincangan mereka dalam membasmi masalah ini...Sungguh mengaibkan bagi sebuah pasukan polis namun tiada apa-apa perkembangan yang dilakukan setakap ini.Adakah masalah dadah ini sudah sampai ke kemuncaknya atau berlakunya kesilapan yang belum dapat ditemui. sewajarnya pihak polis mampu menagani masalah ini...Inginkan kita kalau negara ini dipenuhi pemuda-pemudi yang kesemuanya menjadi penagih dadah!!!

itu hanyalah imaginasi sekiranya masalah ini tidak dapat di atasi..adakah pusat serrenti berjaya mengatasi masalah ini?...

Adakah hukuman penjara dan hukuman gantung sampai mati berjaya mengatasi masalah ini?

Kenapakah masalah ini teus BERTERUSAN......!!!!!!

fikirkan dengan sebaiknya...

Adakah anda sedar tentang kepincangan yang berlaku ini...

Seharusnya anda sebagai masyarakat perlu mencari iktihar sendiri untuk mengatasi masalah ini...

Jangan diharapkan pihak polis semata-mata..
Anda mampu mengatasi masalah ini...

Cuba anda fikirkan cara...
contohnya....

JANGAN MENCARI MASALAH...

IKUT NASIHAT IBU-BAPA..

itulah ubatnya..

jika kita menghormati orang tua..berdisplin...nescaya ALLAH S.W.T akan menghindarkan diri kita dari kecelakaan..

Sesungguhnya DOA ibu ubat kepada kita di dunia dan akhirat...

Doa

Seindan panurama dunia
Indah lagi telapak tangan ibu
kemana halu tujuan kita
hanya terserah kepada restu ibu..

masa di dunia
jauh dalam langkauan
inilah dunia
ciptaan ilahi

doa seorang ibu
benteng segala cabaran
kepada kita
anak yang tersedar
ke alam
impian...

dikhaskan kepada yang mengenal erti seoarang ibu...

Penawar segala Duka....
masalah hanya datang bila ada tangan yang menadahnya.................

0 comments: