MALAYSIA JUMPA KOREA LAGI
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
KUALA LUMPUR - Selepas nyaris tumbang kepada 'pasukan rojak' Korea Selatan dalam perlawanan akhir kelayakan Piala Thomas bulan lalu, Malaysia ditemukan lagi dengan pasukan itu, kali ini pada peringkat kumpulan pusingan akhir di Jakarta, Mei ini.
Selain perlu berdepan Korea Selatan, pasukan yang semakin mantap, Malaysia turut diletakkan bersama wakil Eropah, England dalam Kumpulan B.
Pasukan wanita negara pula menerima kejutan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila diletakkan sebagai pilihan keempat Piala Uber, satu kedudukan yang dianggap lebih tinggi berbanding keupayaan sebenar mereka.
Malaysia, yang hanya dua kali melayakkan diri secara merit - 2002 dan 2008 mengetuai Kumpulan C bersama juara kelayakan Eropah, Denmark dan New Zealand.
Walaupun bakal menentang pasukan 'liat' Korea di peringkat awal, namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menganggap situasi itu lebih baik berbanding bertemu mereka di peringkat kalah mati.
Juara setiap kumpulan layak ke suku akhir secara automatik, namun pasukan tangga kedua dan ketiga juga masih berpeluang untuk layak menerusi playoff.
"Pada ketika ini saya melihat Korea Selatan sebagai pasukan terkuat selepas China kerana mereka memiliki perseorangan dan beregu yang kuat, malah mampu menjadi pencabar utama kejuaraan.
"Sekurang-kurangnya bila sudah jumpa di peringkat kumpulan, kita tidak akan jumpa mereka lagi di peringkat kalah mati. Kalau kita muncul juara kumpulan kita akan ke suku akhir secara automatik tetapi jika tidak, kita masih boleh layak menerusi playoff, dan saya rasa ia tidak sukar kerana kita akan bertemu lawan yang lemah,'' kata Setiausaha Kehormat BAM, P. Ganga Rao, semalam.
Jika berjaya muncul juara Kumpulan B, Malaysia tidak perlu bersaing di peringkat playoff, sebaliknya hanya menanti pemenang di antara naib juara Kumpulan C dan pasukan ketiga kumpulan D.
Bagaimanapun jika muncul naib juara Kumpulan B, Malaysia perlu berentap dengan pasukan tangga ketiga Kumpulan A, sebelum bertemu juara Kumpulan D.
Pada pusingan kelayakan zon Asia, Februari lalu, Malaysia nyaris dikejutkan oleh Korea di final sebelum menang 3-2 meski pun lawan menurunkan barisan 'caca merba' dengan pemain beregu bertindak sebagai perseorangan, manakala perseorangan menjadi beregu.
Sementara itu dalam Piala Uber, skuad wanita menikmati status pilihan yang tidak dijangkakan, mengatasi pasukan yang dianggap lebih baik seperti Hong Kong, Denmark dan Belanda.
Meskipun berada di belakang dua gergasi badminton wanita, China dan Korea Selatan, selain Jepun, namun diletak sebagai pilihan keempat pada kejohanan di Jakarta, 11-18 Mei itu tetap mengundang kejutan.
"Sudah tentu kami gembira bila diletak sebagai pilihan keempat kerana ia merupakan pencapaian terbaik skuad wanita, namun saya tetap percaya status itu yang diterima sebenarnya lebih tinggi daripada kemampuan kita,'' kata Ganga, yang berharap skuad Piala Uber dapat ke suku akhir.
Juara Kumpulan C akan bertemu pemenang di antara naib juara Kumpulan A dan pasukan tempat ketiga Kumpulan B, manakala naib juara kumpulan akan berentap dengan pasukan tangga ketiga Kumpulan D sebelum bertemu juara Kumpulan B.
Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah di Kuala Lumpur pada 1992, namun kita tidak pernah menjuarai Piala Uber dan tidak pernah layak ke suku akhir kejohanan itu.
KOMEN
ADAKAH PASUKAN BADMINTON KITA SEMAKIN HEBAT......ATAU SEKADAR IMPIAN SEMATA-MATA...11111
Malaysia...merupakan antara salah satu pasukan badminton yang digeruni di dunia....adakah digeruni disebabkan kehebatan mereka ataupun publisiti semata-mata....
Walaubagaimanapun.....percapaian badminton negara dilihat terumbang ambing...kadang-kadang mantap dan kadang-kadang penuh persoalan...
Tetapi jika dilihat kepada pencapaian sejak akhir-akhir ini...boleh dikatakan percapaiannya semakin meningkat terutama sekali pasukan beregu dan pasukan wanita kita....adakah ianya lahir dari kesedaran pemain kita atau berlaku kemerosotan daripada pasukan lain...
Mustahil..... memang mustahil...adakah mustahil untuk mencapai sesuatu...tidak mustahil bagi kita...untuk melakar keputusan yang tinggi...sebaiknya kita sebagai rakyat negara ini menyokong pasukan kita walau apa pun yang berlaku...
Hanya kita yang mampu menolong meningkatkan pencapaian kita....
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....................

0 comments:
Post a Comment