Lagi demonstrasi bantah karikatur hina Nabi S.A.W
BANGKOK 12 Mac - Kira-kira 800 penduduk Islam Thailand mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Denmark di sini hari ini bagi membantah tindakan akhbar negara itu menerbitkan semula karikatur yang menghina Islam.
Penunjuk perasaan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Keamanan Muslim, mengadakan tunjuk perasaan secara aman selama kira-kira dua jam dan meminta masyarakat Islam Thailand memboikot produk keluaran Denmark.
Kumpulan itu turut mengutuk "tindakan jahat" akhbar terbabit dan mengkritik kerajaan Denmark kerana gagal menghalang penerbitan semula karikatur berkenaan.
Sebuah akhbar Denmark pada bulan lalu menerbitkan semula salah satu daripada karikatur berkenaan, setelah pihak polis negara itu mendakwa mereka mengesan satu rancangan untuk membunuh pelukis karikatur tersebut berikutan bantahan daripada negara-negara Islam pada 2006.
Karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang memakai serban berbentuk bom itu mencetuskan bantahan besar-besaran umat Islam seluruh dunia.
Akhbar Denmark sebaliknya mendakwa, tindakan menerbitkan semula karikatur itu bertujuan menggalakkan kebebasan bersuara.
Islam melarang penerbitan seperti itu kerana bimbang boleh menyebabkan unsur pemujaan.
KOMEN
apakah yang sedang terjadi....
apakah hak kita untuk bersuara...adakah suara umat islam sekadar tiupan angin sahaja...
Mereka telah menghina agama kita...nabi kita...dan seluruh umat islam...apa yang mampu kita lakukan
adakah hanya membuat demontrasi...penghinaan ini akan berhenti...
mereka menghina dengan melukis nbi kita...Nabi Muhammad S.A.W.
kenapakan kita tidak mencari jalan sendiri menghentikan perkara ini...negara islam berterabur di dunia...kaya dengan minyak dan mempunyai pengaruh yang tersendiri...
Kenapa kita tidak mampu memboikot negara yang lakukan penghinaan ini....
Biar minyak melambung...biar harga meningkat...biar mereka merana membeli minyak kita....
Mungkin cadangan ini akan berjaya...sedarlah...agama kita junjungan kita...
Biarkan kita melestarikannya....sedarlah wahai umat islam...kita mampu mengubahnya.....
cetusan kecewa.,...Budak hitam

0 comments:
Post a Comment