CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 13, 2008

13 Mac 2008 / 5 Rabiul Awal 1429



LAMAN SANTAI TAMPIL KEPELBAGAIAN BUDAYA


Oleh ABD. AZIZ ITAR (aaziz@utusan.com.my)


PERSEMBAHAN irama ghazal antara yang dipersembahkan kepada para pengunjung di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur.


ISTANA Budaya (IB) Kuala Lumpur bukan sahaja popular kerana persembahan- persembahan kebudayaan seperti teater, mak yong, bangsawan dan muzikal tetapi pelbagai hasil seni seperti lukisan serta makanan masyarakat tempatan turut disajikan kepada para pengunjungnya.
Laman Santai yang dibuka kepada umum sejak November tahun lalu dan terletak bersebelahan IB misalnya, turut menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, laman yang dibuka pada setiap Sabtu dari pukul 6 petang hingga 12 malam itu kini menjadi tumpuan ramai warga kota pada hujung minggu untuk bersantai sambil menikmati pelbagai jenis juadah enak.
“Harga makanan yang dijual Laman Santai pula berpatutan. Selain menikmati lagu-lagu tradisional, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan tempatan.
“Sebagai contohnya, nasi lemak yang popular di kalangan orang Melayu dan sup masakan kaum India merupakan antara makanan yang dijual di situ,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di IB, Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurut Juhari, selain persembahan muzik lagu-lagu tradisional, Laman Santai juga menjadi tumpuan ramai pelukis yang bersedia menerima tempahan melukis potret daripada para pengunjung laman tersebut.
Jelasnya, aktiviti kesenian seperti itu sebagai salah satu cara IB untuk menarik lebih ramai para pengunjung mengunjungi Laman Santai itu yang telah dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 5 Januari lalu.
“Kami menerima banyak pandangan dan permintaan daripada orang ramai supaya diadakan pelbagai aktiviti di Laman Santai. Misalnya, ada yang minta supaya diadakan persembahan lagu-lagu pop yeh-yeh.
“Malah, ada juga yang meminta supaya persembahan muzik juga dipelbagaikan meliputi kaum Cina, India dan sebagainya. Cara itu diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung,” ujarnya lagi.
Laman Santai yang dibuka percuma kepada orang ramai mampu menyediakan ruang kepada 300 pengunjung di mana aktiviti persembahan genre muziknya juga berbeza pada setiap minggu. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.istanabudaya.gov.my/



KOMEN


Inilah budaya kita...budaya bangsa kita...apa yang diperlihatkan oleh Istana Budaya adalah salah satu pergorbanan kepada bangsa kita...pergorbanan yang dianggap intelektual kepad kita...

mereka sedar tentang terhakisnya budaya kita..tugas yang mereka lakukan memang berkesan...masakan rakyat kita masih jahil atau seetengahnya melupakan budaya kita..dikir Barat..Makyong...Tarian Kuda Kepang...semuanya warisan kita...kitalah generasinya....salahkah kita mempelajarinya...budaya kita sendiri...


terima kasih kepada Istana Budaya...suatu pengiktirafan kepada mereka...dengan adanya program seperti ini...kita dapat menghayati budaya kita dengan indahnya...suatu budaya peninggalan nenek moyang kita...

Malah dengan adanya hidangan kuih-muih tempatan ini mambantu kita mengenali diri sendiri..beribu-ribu jenis kuih yang di pamerkan memberi kita satu persoalan...kenapa kita terlalu utamakan makanan segera berlatarkan barat....adakah spageti...atau makanan westen yang lain dapat mengembalikan nostalgia lama kepada kita...


Istana Budaya adalah suatu pembolehubah kepada kita...suatu medium penyampaian yang bernas kepada kita...inilah kita...

Mungkin generasi sekarang masih tertanya-tanya adakah mereka akan dapat menghayati budaya yang kita rasai sekarang...tanyalah pada diri sendiri...tidak ada suatu penyataan yang nyata.

terpulanglah kepada kita...kita perlu menyahutnya...pergilah beramai-ramai menghayati budaya kita...tidak melayu hilag di dunia...kitalah penyambungnya...penyambung kepada bangsa dan negara.....


Sekadar impian di masa depan....

coretan rasa budak hitam....

0 comments: