CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 28, 2008

28 februari 2008


Ragut: Lelaki didenda RM4,000



28 februari 2008
MELAKA
27 Feb. - Seorang lelaki didenda RM4,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah meragut seorang pekerja kilang warga asing di jejantas Melaka Sentral di sini, pertengahan bulan akhir tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Azrie Md. Juari, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Lisah Che Mat.
Muhamad Azrie dituduh bersama-sama seorang remaja berusia 17 tahun meragut beg duit dan wang tunai RM50 ringgit serta mata wang asing 300,000 Dong (RM6,000) milik Nguyen Thanh Cong, 25.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.45 petang, 15 Disember 2007.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Remaja berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan atas tuduhan itu.
Berdasarkan fakta kes, pada tarikh tersebut, pengadu (mangsa) dikatakan sedang berjalan bersama rakannya di atas jejantas sebelum disapa dan ditahan dua orang lelaki.
Salah seorang lelaki kemudian meminta mangsa menyerahkan sebatang rokok dan RM1.
Bagaimanapun, belum sempat mangsa menyerahkan wang RM1 tiba-tiba rakan lelaki itu mencekik lehernya serta merampas dompet berisi wang RM50 dan wang asing bernilai RM6,000 serta dua kad ATM Maybank.
Pegawai penyiasat, Inspektor Agihan Iswaran bersama anggotanya, pada tarikh sama, bertindak membuat pemeriksaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian ragut daripada Unit Panggilan Balai Polis Melaka Tengah.
Dalam pemeriksaan itu, polis berjaya memberkas dua suspek yang dipercayai melakukan kesalahan itu dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

KOMEN


Adakah ini jalan penyelesaian kepada kes seperti ini..umun mengetahui kes ragut bukannya perkara baru. Adakah undang-undang sekarang ini mencukupi..walaupun denda dan hukuman yang telah DITETAPKAN dilihat mampu menyekat gejala ini dari berterusan..adakah ianya mampu menangani masalah ragut ini dalam jangka masa yang lama..fikirkan..hanya sekadar denda dan penjara..adakah anda jamin masalah ini akan berkurangan.

Setiap hari kes yang seumpama ini selalu menjadi cebisan dalam mana-mana akhbar. ada yang tercedera..hilang wang gaji, malah yang menyedihkan terdapat juga kematian yang menyayat hati..adakah anda sedar tentang kesannya kepada masyarakat. bayangkan jika ahli keluarga anda mengalami nasib yang sama seperti itu..takkan kita inginkan kehidupan yang penuh dengan ketakutan..ketakutan kepada bayang-bayang sendiri walhal kita mampu menanganinya..

Kenapa tidak digubal satu undang-undang yang sesuai dengan masalah ini..bukan sekadar denda dan hukuman penjara..cuba fikirkan cara yang sesuai..walaupun dilihat kuno tetapi mampu menangani masalah ini..



adakah anda pernah dengar hukuman khidmat ehsan..mungkin kita lupa tentang ini..cuba lihat negara-negara eropah..



Britain, Amerika Syarikat, Ausria..semuanya merupakan negara maju,,apa salahnya kita mengikut prosedur undang-undangnya yang mampu menangani masalah ini secara jangka panjang..



tak salahkan kalau diberi mereka khidmat masyarakat seperti menyapu sampah di tepi jalan, mencuci tandas atau sebagainya..jika dilihat memang mengaibkan tepapi ianya sangat berkesan..inilah yang digunakan oleh negara-negara maju..bertujuan menerapakan nilai-nilai moral kepada pelaku..walaupun nampak rumit untuk difahami tetapi secara psikologinya mampu mengubah moral pelaku tersebut tentang hubungan sesama insan..tiada penyeksaan..tiada rampasan tetapi hidup secara aman..



Adakah ini wajar..jika anda rasa apa yang dilakat ini sekadar omongan kosong, anda silap..cuba fikirkan..adakah hukuman seperti ini lebih berat dari hukuman penjara dan denda tetapi kesannya lebuh baik..renungkanlah..



lebih baik gunakan diplomatik daripada kekerasan..pada zahirnya tidak tetapi batinya hanya si pelaku dapat memahaminya..



Sehubungan itu..diharapkan agar satu gubalan undang-undang yang baru mampu di cetusan oleh bijak pandai kita...



Jati diri masyarakatnya mengambarkan moral masyarakatnya..hubungan yang erat antara masyarakat adalah teras utama dalam pembentukan suatu masyarakat yang baru.

perlulah kita berusaha...suatu penyelesaian itu tidak akan datang seandaianya kita tidak berusaha mencarinya...

biar sekadar sekelumit lumut

akan terhapus oleh asakan batu hitam

walaujauh langkauan panorama hijau

jauh lagi pandangan sebuah impian

dikala jauh menusuk kalbu

hanya hati dapat menentukan

sebuah perjalan

menentukan isi hati

yang tetap inginkan

sebuah penyelesaian

0 comments: