CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 28, 2008

28 februari 2008


Ragut: Lelaki didenda RM4,000



28 februari 2008
MELAKA
27 Feb. - Seorang lelaki didenda RM4,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah meragut seorang pekerja kilang warga asing di jejantas Melaka Sentral di sini, pertengahan bulan akhir tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Azrie Md. Juari, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Lisah Che Mat.
Muhamad Azrie dituduh bersama-sama seorang remaja berusia 17 tahun meragut beg duit dan wang tunai RM50 ringgit serta mata wang asing 300,000 Dong (RM6,000) milik Nguyen Thanh Cong, 25.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.45 petang, 15 Disember 2007.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Remaja berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon supaya dibicarakan atas tuduhan itu.
Berdasarkan fakta kes, pada tarikh tersebut, pengadu (mangsa) dikatakan sedang berjalan bersama rakannya di atas jejantas sebelum disapa dan ditahan dua orang lelaki.
Salah seorang lelaki kemudian meminta mangsa menyerahkan sebatang rokok dan RM1.
Bagaimanapun, belum sempat mangsa menyerahkan wang RM1 tiba-tiba rakan lelaki itu mencekik lehernya serta merampas dompet berisi wang RM50 dan wang asing bernilai RM6,000 serta dua kad ATM Maybank.
Pegawai penyiasat, Inspektor Agihan Iswaran bersama anggotanya, pada tarikh sama, bertindak membuat pemeriksaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian ragut daripada Unit Panggilan Balai Polis Melaka Tengah.
Dalam pemeriksaan itu, polis berjaya memberkas dua suspek yang dipercayai melakukan kesalahan itu dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

KOMEN


Adakah ini jalan penyelesaian kepada kes seperti ini..umun mengetahui kes ragut bukannya perkara baru. Adakah undang-undang sekarang ini mencukupi..walaupun denda dan hukuman yang telah DITETAPKAN dilihat mampu menyekat gejala ini dari berterusan..adakah ianya mampu menangani masalah ragut ini dalam jangka masa yang lama..fikirkan..hanya sekadar denda dan penjara..adakah anda jamin masalah ini akan berkurangan.

Setiap hari kes yang seumpama ini selalu menjadi cebisan dalam mana-mana akhbar. ada yang tercedera..hilang wang gaji, malah yang menyedihkan terdapat juga kematian yang menyayat hati..adakah anda sedar tentang kesannya kepada masyarakat. bayangkan jika ahli keluarga anda mengalami nasib yang sama seperti itu..takkan kita inginkan kehidupan yang penuh dengan ketakutan..ketakutan kepada bayang-bayang sendiri walhal kita mampu menanganinya..

Kenapa tidak digubal satu undang-undang yang sesuai dengan masalah ini..bukan sekadar denda dan hukuman penjara..cuba fikirkan cara yang sesuai..walaupun dilihat kuno tetapi mampu menangani masalah ini..



adakah anda pernah dengar hukuman khidmat ehsan..mungkin kita lupa tentang ini..cuba lihat negara-negara eropah..



Britain, Amerika Syarikat, Ausria..semuanya merupakan negara maju,,apa salahnya kita mengikut prosedur undang-undangnya yang mampu menangani masalah ini secara jangka panjang..



tak salahkan kalau diberi mereka khidmat masyarakat seperti menyapu sampah di tepi jalan, mencuci tandas atau sebagainya..jika dilihat memang mengaibkan tepapi ianya sangat berkesan..inilah yang digunakan oleh negara-negara maju..bertujuan menerapakan nilai-nilai moral kepada pelaku..walaupun nampak rumit untuk difahami tetapi secara psikologinya mampu mengubah moral pelaku tersebut tentang hubungan sesama insan..tiada penyeksaan..tiada rampasan tetapi hidup secara aman..



Adakah ini wajar..jika anda rasa apa yang dilakat ini sekadar omongan kosong, anda silap..cuba fikirkan..adakah hukuman seperti ini lebih berat dari hukuman penjara dan denda tetapi kesannya lebuh baik..renungkanlah..



lebih baik gunakan diplomatik daripada kekerasan..pada zahirnya tidak tetapi batinya hanya si pelaku dapat memahaminya..



Sehubungan itu..diharapkan agar satu gubalan undang-undang yang baru mampu di cetusan oleh bijak pandai kita...



Jati diri masyarakatnya mengambarkan moral masyarakatnya..hubungan yang erat antara masyarakat adalah teras utama dalam pembentukan suatu masyarakat yang baru.

perlulah kita berusaha...suatu penyelesaian itu tidak akan datang seandaianya kita tidak berusaha mencarinya...

biar sekadar sekelumit lumut

akan terhapus oleh asakan batu hitam

walaujauh langkauan panorama hijau

jauh lagi pandangan sebuah impian

dikala jauh menusuk kalbu

hanya hati dapat menentukan

sebuah perjalan

menentukan isi hati

yang tetap inginkan

sebuah penyelesaian

Thursday, February 21, 2008

Puisi Melayu


Puisi adalah khazanah tidak ternilai dalam kesusasteraan kita..


Adakah anda... tahu tentang puisi..

Puisi mempunyai jenis tersendiri...

ada pantun, sajak, gurindam, seloka dan banyak lagi..


Puisi yang dianggap popular adalah pantun..


adakah anda pandai berpantun..


Pantun juga mempunyai jenis tersendiri..ada pantun 2 kerat, 4 kerat dan 8 kerat..


Pantun yang biasa digunakan dan mudah difahami adalah pantun 8 kerat..


contoh pantun 8 kerat adalah seperti berikut..


Pokok padi isinya lebat
Tunduk berisi menyembah bumi
Kalau adik orangnya hebat
Cepat-cepat mengeja rumi

Buah nangka di atas para
Menunggu masak di makan bersama
Kalau adik akalnya ada
Jangan derhaka kepada ibu dan bapa….

Pergi ke sekolah di waktu pagi
Berjalan berlari bersama si teman
Wahai adik ingatlah diri
Jangan pula suka melawan

Duduk di kelas mengadap matahari
Duduk bersila bersama teman
Hidup berdikari dijadikan jati diri
Supaya kelak mendapat asuhan….


Selain itu terdapat juga juga puisi yang bercorak nyanyian seperti gurindam dan seloka, tetapi apa yang akan dibincangkan adalah sajak.


Sajak merupakan antara salah satu puisi yang diminati sejak akhir-akhir ini..


Contoh sajak adalah seperti berikut..


Ibu dan Anak


Ibu dan Anak
Kehidupan
Dimana asalnya
Hanya pada mu

Lahirnya tunas baru
Dari rahim ibumu
Memberi nafas baru

sebuah kehidupan


Putih yang suci

kaulah yang lakarkan
kaulah yang lakarkan

di atas hamparan

di helaian suci

yang tersedia

untuk anakmu

ibu.....




Anak Bangsa


Aduhai anak bangsa
Dikaulah pewaris tradisi bonda
Yang melimpah dari manisan berzaman
Ke cangkir amalan suatu peradaban

Hari ini
Dikau serikan hasrat pertiwi
Bersama bimbitan selaut budi
Dikau layarkan bahtera merdeka
Biar membelah samedera bergelora
Dikau tambatkan tali percaya
Pada dermaga di tanah pusaka

Aduhai anak bangsa
Setiap kali mengenangmu
Hati ini terasa pilu dan bangga
Antara gagah derap majumu
Dan setiamu yang mengundang keliru…




Dsini dapat kita perhatikan bahawa puisi merupakan satu anugerah kepada kita...jika dihayati ianya adalah sebuah lambang kesenian kepada kita..justeru..puisi adalah sebuah khazanah kepada kita..


Budak hitam si budak comot

mandi kerbau setiap pagi

hitam comot tak susut

air di baldi banyak lagi




assalamualaikum...