CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 13, 2008

13 Mac 2008 / 5 Rabiul Awal 1429


Lagi demonstrasi bantah karikatur hina Nabi S.A.W


BANGKOK 12 Mac - Kira-kira 800 penduduk Islam Thailand mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Denmark di sini hari ini bagi membantah tindakan akhbar negara itu menerbitkan semula karikatur yang menghina Islam.
Penunjuk perasaan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Keamanan Muslim, mengadakan tunjuk perasaan secara aman selama kira-kira dua jam dan meminta masyarakat Islam Thailand memboikot produk keluaran Denmark.
Kumpulan itu turut mengutuk "tindakan jahat" akhbar terbabit dan mengkritik kerajaan Denmark kerana gagal menghalang penerbitan semula karikatur berkenaan.
Sebuah akhbar Denmark pada bulan lalu menerbitkan semula salah satu daripada karikatur berkenaan, setelah pihak polis negara itu mendakwa mereka mengesan satu rancangan untuk membunuh pelukis karikatur tersebut berikutan bantahan daripada negara-negara Islam pada 2006.
Karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang memakai serban berbentuk bom itu mencetuskan bantahan besar-besaran umat Islam seluruh dunia.
Akhbar Denmark sebaliknya mendakwa, tindakan menerbitkan semula karikatur itu bertujuan menggalakkan kebebasan bersuara.
Islam melarang penerbitan seperti itu kerana bimbang boleh menyebabkan unsur pemujaan.



KOMEN


apakah yang sedang terjadi....

apakah hak kita untuk bersuara...adakah suara umat islam sekadar tiupan angin sahaja...

Mereka telah menghina agama kita...nabi kita...dan seluruh umat islam...apa yang mampu kita lakukan


adakah hanya membuat demontrasi...penghinaan ini akan berhenti...

mereka menghina dengan melukis nbi kita...Nabi Muhammad S.A.W.

kenapakan kita tidak mencari jalan sendiri menghentikan perkara ini...negara islam berterabur di dunia...kaya dengan minyak dan mempunyai pengaruh yang tersendiri...


Kenapa kita tidak mampu memboikot negara yang lakukan penghinaan ini....

Biar minyak melambung...biar harga meningkat...biar mereka merana membeli minyak kita....


Mungkin cadangan ini akan berjaya...sedarlah...agama kita junjungan kita...

Biarkan kita melestarikannya....sedarlah wahai umat islam...kita mampu mengubahnya.....


cetusan kecewa.,...Budak hitam

13 Mac 2008 / 5 Rabiul Awal 1429


MALAYSIA JUMPA KOREA LAGI


Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
KUALA LUMPUR - Selepas nyaris tumbang kepada 'pasukan rojak' Korea Selatan dalam perlawanan akhir kelayakan Piala Thomas bulan lalu, Malaysia ditemukan lagi dengan pasukan itu, kali ini pada peringkat kumpulan pusingan akhir di Jakarta, Mei ini.
Selain perlu berdepan Korea Selatan, pasukan yang semakin mantap, Malaysia turut diletakkan bersama wakil Eropah, England dalam Kumpulan B.


Pasukan wanita negara pula menerima kejutan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila diletakkan sebagai pilihan keempat Piala Uber, satu kedudukan yang dianggap lebih tinggi berbanding keupayaan sebenar mereka.
Malaysia, yang hanya dua kali melayakkan diri secara merit - 2002 dan 2008 mengetuai Kumpulan C bersama juara kelayakan Eropah, Denmark dan New Zealand.
Walaupun bakal menentang pasukan 'liat' Korea di peringkat awal, namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menganggap situasi itu lebih baik berbanding bertemu mereka di peringkat kalah mati.


Juara setiap kumpulan layak ke suku akhir secara automatik, namun pasukan tangga kedua dan ketiga juga masih berpeluang untuk layak menerusi playoff.
"Pada ketika ini saya melihat Korea Selatan sebagai pasukan terkuat selepas China kerana mereka memiliki perseorangan dan beregu yang kuat, malah mampu menjadi pencabar utama kejuaraan.
"Sekurang-kurangnya bila sudah jumpa di peringkat kumpulan, kita tidak akan jumpa mereka lagi di peringkat kalah mati. Kalau kita muncul juara kumpulan kita akan ke suku akhir secara automatik tetapi jika tidak, kita masih boleh layak menerusi playoff, dan saya rasa ia tidak sukar kerana kita akan bertemu lawan yang lemah,'' kata Setiausaha Kehormat BAM, P. Ganga Rao, semalam.
Jika berjaya muncul juara Kumpulan B, Malaysia tidak perlu bersaing di peringkat playoff, sebaliknya hanya menanti pemenang di antara naib juara Kumpulan C dan pasukan ketiga kumpulan D.


Bagaimanapun jika muncul naib juara Kumpulan B, Malaysia perlu berentap dengan pasukan tangga ketiga Kumpulan A, sebelum bertemu juara Kumpulan D.
Pada pusingan kelayakan zon Asia, Februari lalu, Malaysia nyaris dikejutkan oleh Korea di final sebelum menang 3-2 meski pun lawan menurunkan barisan 'caca merba' dengan pemain beregu bertindak sebagai perseorangan, manakala perseorangan menjadi beregu.
Sementara itu dalam Piala Uber, skuad wanita menikmati status pilihan yang tidak dijangkakan, mengatasi pasukan yang dianggap lebih baik seperti Hong Kong, Denmark dan Belanda.
Meskipun berada di belakang dua gergasi badminton wanita, China dan Korea Selatan, selain Jepun, namun diletak sebagai pilihan keempat pada kejohanan di Jakarta, 11-18 Mei itu tetap mengundang kejutan.


"Sudah tentu kami gembira bila diletak sebagai pilihan keempat kerana ia merupakan pencapaian terbaik skuad wanita, namun saya tetap percaya status itu yang diterima sebenarnya lebih tinggi daripada kemampuan kita,'' kata Ganga, yang berharap skuad Piala Uber dapat ke suku akhir.


Juara Kumpulan C akan bertemu pemenang di antara naib juara Kumpulan A dan pasukan tempat ketiga Kumpulan B, manakala naib juara kumpulan akan berentap dengan pasukan tangga ketiga Kumpulan D sebelum bertemu juara Kumpulan B.
Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas adalah di Kuala Lumpur pada 1992, namun kita tidak pernah menjuarai Piala Uber dan tidak pernah layak ke suku akhir kejohanan itu.


KOMEN


ADAKAH PASUKAN BADMINTON KITA SEMAKIN HEBAT......ATAU SEKADAR IMPIAN SEMATA-MATA...11111


Malaysia...merupakan antara salah satu pasukan badminton yang digeruni di dunia....adakah digeruni disebabkan kehebatan mereka ataupun publisiti semata-mata....

Walaubagaimanapun.....percapaian badminton negara dilihat terumbang ambing...kadang-kadang mantap dan kadang-kadang penuh persoalan...


Tetapi jika dilihat kepada pencapaian sejak akhir-akhir ini...boleh dikatakan percapaiannya semakin meningkat terutama sekali pasukan beregu dan pasukan wanita kita....adakah ianya lahir dari kesedaran pemain kita atau berlaku kemerosotan daripada pasukan lain...


Mustahil..... memang mustahil...adakah mustahil untuk mencapai sesuatu...tidak mustahil bagi kita...untuk melakar keputusan yang tinggi...sebaiknya kita sebagai rakyat negara ini menyokong pasukan kita walau apa pun yang berlaku...


Hanya kita yang mampu menolong meningkatkan pencapaian kita....

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....................

13 Mac 2008 / 5 Rabiul Awal 1429


SUSU IBU PENAWAR ALERGI

Oleh SITI AISHAH IBRAHIM
SI MANJA yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinya menimbulkan rasa kebimbangan si ibu.
Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama ada kerana kembung perut, gatal-gatal, ruam pada kulit mahu pun hidung berair.. Gejala sebegini kebiasaannya adalah berpunca daripada alergi atau alahan.
Alergi berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘allon argon’ (to react differently) iaitu reaksi abnormal di dalam tubuh. Ia adalah keadaan di mana tubuh kanak-kanak yang hiper-sensitif kepada bahan-bahan asing yang dipanggil antigen. Sebarang antigen yang menyebabkan reaksi alergi dipanggil alergen.
Pakar Kanak-kanak di Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, Bangi, Selangor, Dr. Saiful Bahri Jaudin berkata, bayi atau kanak-kanak cenderung mengalami alergi sejak lahir atau ketika dalam proses tumbesarannya kerana sistem ketahanan badannya masih tidak matang seperti orang dewasa.
Keadaan ini menyebabkan tubuh si manja bertindak balas di luar kebiasaan apabila terdedah kepada bahan-bahan asing yang menjadi alergen.
“Bahan-bahan itu mungkin boleh jadi makanan seperti susu, kacang, telur, makanan laut atau mungkin juga ubat tertentu termasuk sesetengah antibiotik.
“Sesetengah kanak- kanak juga mengeluarkan reaksi melampau terhadap bahan-bahan luaran seperti debu, asap, bulu binatang, debunga, hama atau udara tercemar seperti jerebu.
“Ini dapat dilihat dalam sesetengah penyakit alergi yang melibatkan saluran pernafasan seperti asma atau lelah,” kata Dr. Saiful.
Menurut beliau lagi, reaksi imunologi (tidak tahan daya penyakit) berlaku apabila tubuh terdedah kepada molekul-molekul asing yang kemudiannya melekat kepada antibodi IgE.
Molekul-molekul ini seterusnya bercantum pada sel mast, iaitu sel yang terlibat dalam reaksi alergi yang akan merembeskan bahan-bahan menyebabkan timbulnya gejala-gejala alergi.
“Bahan-bahan reaksi alergi yang dirembeskan oleh badan adalah Histamin, prostaglandin, leucotrine dan Cytokines,” katanya.
Menurut Dr. Saiful, gejala yang paling kerap terjadi adalah ruam pada kulit dan gatal, selain tanda lebih bahaya seperti susah bernafas yang memerlukan rawatan segera.
Gejala alahan ini boleh dikenal pasti daripada hampir keseluruhan sistem di dalam badan sama ada secara umum atau spesifik. Ia termasuklah di kawasan permukaan kulit menjadi kering dan gatal-gatal, saluran pernafasan menjadi ketat dan hidung tersumbat atau bersin.
Manakala alergi pada bahagian dalaman pula seperti bengkak, pengeluaran lendir pada saluran pernafasan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan kawasan kulit menjadi kemerahan.
“Kebanyakan reaksi alergi boleh dianggap ringan, tetapi ada juga yang mengalami reaksi teruk sehingga boleh menyebabkan tekanan darah rendah, pitam atau pengsan dan saluran nafas menjadi bengkak, seterusnya membawa maut jika tidak dirawat,” katanya.
Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan, akan tetapi ramai juga yang mengalaminya sehingga dewasa.
Menerangkan tentang risiko alergi di kalangan kanak-kanak, Dr. Saiful berkata, mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi berisiko tinggi untuk mengalami penyakit ini.
‘‘Sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa mempunyai alahan, risiko bagi bayi atau kanak-kanak akan mengalami alergi adalah anggaran 20 hingga 40 peratus.
“Selain daripada faktor genetik, si manja tetap berisiko untuk mengalami alahan iaitu lebih kurang lima hingga 15 peratus disebabkan faktor-faktor tertentu seperti sistem ketahanan badan yang tidak matang, tempoh penyusuan susu ibu yang singkat dan pendedahan awal terhadap susu formula,” katanya.
Menurutnya lagi, sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran, bayi perlu mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif kerana susu ibu adalah susu hipoalegenik.
“Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu, ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Susu ibu juga mengandungi sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria dan antibodi (immunoglobulins) bagi menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri,” katanya.
Namun, tidak dinafikan ada juga sebab-sebab tertentu menyebabkan susu ibu tidak dapat diberi pada bayi, jadi alternatif terbaik adalah dengan memberikan bayi susu hipoalegenik (formula) bagi mengurangkan risiko alergi.
Rawatan
Kebiasaannya rawatan terhadap kanak-kanak yang mengalami alergi diberi mengikut jenis alergi.
“Sekiranya hanya gatal pada kulit dan kelihatan merah atau alahan biasa sahaja, kanak-kanak hanya akan diberi ubat anti alergi untuk dimakan dan ubat sapu.
“Namun, alergi yang agak teruk seperti sukar untuk bernafas, kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan ditahan di wad dan mendapat suntikan anti alergi,” katanya.
Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, tetapi pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.
Pencegahan daripada alergi di kalangan bayi dan kanak-kanak sangat penting ketika mereka di dalam kandungan ibu lagi.
‘‘Pengambilan diet yang sihat semasa mengandung dan ketika tempoh penyusuan juga amat penting bagi mencegah bayi daripada mendapat alahan,’’ katanya.
Tambah beliau, susu ibu merupakan pencegahan utama daripada alergi. Dengan memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi yang baru lahir semasa enam bulan pertama kelahirannya, dapat mengelakkan kanak-kanak mendapat alahan.
‘‘Memberi makanan tambahan hanya selepas enam bulan kelahiran dan memulakan makanan yang tidak mendatangkan alergi terlebih dahulu seperti nasi, lobak merah, pear, epal dan prun.
“Ini kerana alahan juga boleh disebabkan udara iaitu melalui saluran pernafasan serta perut iaitu usus yang mencerna makanan,’’ katanya.
Sementara itu, ibu bapa perlu
menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar rumah bagi mengurangkan alergi kepada habuk
dan hama.

KOMEN



Sedarlah wahai ibu...inilah permulaannya...adakah anda sedar yang anda seorang insan yang bertuah...memberi rahmat kepada sesiapa pun...susu ibu adalah rahmat kepada kamu...

adakah kamu sedar bahawa susu ibu mampu menjadi penawar semulajadi...insaflah...kenapa kamu tidak mahu menyusukan anak kamu...

Adakah sebab kerana ingin menjaga tubuh...kenapakah anda tidak mahu menyusukan anak anda...adakah anda inginkan badan yang dara daripada melihat anak anda sihat...sihat daripada penyakit....anak anda bertuah sekiranya anda menyusukan merekan...mereka memerlukan belaian anda..belaian daripada seorang ibu...belaian daripada seorang ibu yang tidak segan silu menyusukan seorang anak yang baru mengenal dunia..tidakkah anda sedar yang anda adalah mahkota kepada anak anda...adakah anda sedar yang susu anda lebih bermakna daripada susu yang dibeli di pasar...susu lembu...adakah anda rasa anak anda layak disusukan oleh lembu...


Jauh sekali daripada beribunya lembu...sedarlah...anak anda memerlukan anda...lebih baik utamakan kesihatan anak anda daripada melawa kesana-sini....

fikirkanlah...anak anda umpama permata kepada anda..hilang umpama tiada serinya...

Insaflah.....................

coretan rasa....budak hitam

13 Mac 2008 / 5 Rabiul Awal 1429



LAMAN SANTAI TAMPIL KEPELBAGAIAN BUDAYA


Oleh ABD. AZIZ ITAR (aaziz@utusan.com.my)


PERSEMBAHAN irama ghazal antara yang dipersembahkan kepada para pengunjung di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur.


ISTANA Budaya (IB) Kuala Lumpur bukan sahaja popular kerana persembahan- persembahan kebudayaan seperti teater, mak yong, bangsawan dan muzikal tetapi pelbagai hasil seni seperti lukisan serta makanan masyarakat tempatan turut disajikan kepada para pengunjungnya.
Laman Santai yang dibuka kepada umum sejak November tahun lalu dan terletak bersebelahan IB misalnya, turut menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, laman yang dibuka pada setiap Sabtu dari pukul 6 petang hingga 12 malam itu kini menjadi tumpuan ramai warga kota pada hujung minggu untuk bersantai sambil menikmati pelbagai jenis juadah enak.
“Harga makanan yang dijual Laman Santai pula berpatutan. Selain menikmati lagu-lagu tradisional, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan tempatan.
“Sebagai contohnya, nasi lemak yang popular di kalangan orang Melayu dan sup masakan kaum India merupakan antara makanan yang dijual di situ,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di IB, Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurut Juhari, selain persembahan muzik lagu-lagu tradisional, Laman Santai juga menjadi tumpuan ramai pelukis yang bersedia menerima tempahan melukis potret daripada para pengunjung laman tersebut.
Jelasnya, aktiviti kesenian seperti itu sebagai salah satu cara IB untuk menarik lebih ramai para pengunjung mengunjungi Laman Santai itu yang telah dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 5 Januari lalu.
“Kami menerima banyak pandangan dan permintaan daripada orang ramai supaya diadakan pelbagai aktiviti di Laman Santai. Misalnya, ada yang minta supaya diadakan persembahan lagu-lagu pop yeh-yeh.
“Malah, ada juga yang meminta supaya persembahan muzik juga dipelbagaikan meliputi kaum Cina, India dan sebagainya. Cara itu diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung,” ujarnya lagi.
Laman Santai yang dibuka percuma kepada orang ramai mampu menyediakan ruang kepada 300 pengunjung di mana aktiviti persembahan genre muziknya juga berbeza pada setiap minggu. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.istanabudaya.gov.my/



KOMEN


Inilah budaya kita...budaya bangsa kita...apa yang diperlihatkan oleh Istana Budaya adalah salah satu pergorbanan kepada bangsa kita...pergorbanan yang dianggap intelektual kepad kita...

mereka sedar tentang terhakisnya budaya kita..tugas yang mereka lakukan memang berkesan...masakan rakyat kita masih jahil atau seetengahnya melupakan budaya kita..dikir Barat..Makyong...Tarian Kuda Kepang...semuanya warisan kita...kitalah generasinya....salahkah kita mempelajarinya...budaya kita sendiri...


terima kasih kepada Istana Budaya...suatu pengiktirafan kepada mereka...dengan adanya program seperti ini...kita dapat menghayati budaya kita dengan indahnya...suatu budaya peninggalan nenek moyang kita...

Malah dengan adanya hidangan kuih-muih tempatan ini mambantu kita mengenali diri sendiri..beribu-ribu jenis kuih yang di pamerkan memberi kita satu persoalan...kenapa kita terlalu utamakan makanan segera berlatarkan barat....adakah spageti...atau makanan westen yang lain dapat mengembalikan nostalgia lama kepada kita...


Istana Budaya adalah suatu pembolehubah kepada kita...suatu medium penyampaian yang bernas kepada kita...inilah kita...

Mungkin generasi sekarang masih tertanya-tanya adakah mereka akan dapat menghayati budaya yang kita rasai sekarang...tanyalah pada diri sendiri...tidak ada suatu penyataan yang nyata.

terpulanglah kepada kita...kita perlu menyahutnya...pergilah beramai-ramai menghayati budaya kita...tidak melayu hilag di dunia...kitalah penyambungnya...penyambung kepada bangsa dan negara.....


Sekadar impian di masa depan....

coretan rasa budak hitam....

Wednesday, March 12, 2008

13 Mac 2008 / 5 Rabiul Awal 1429


13 Mac 2008..


PENGAJARAN DALAM BI TINGKAT PENCAPAIAN


PUTRAJAYA 12 Mac – Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 berjaya meningkatkan pencapaian pelajar bagi semua mata pelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, peningkatan ditunjukkan menerusi pencapaian calon termasuk dari luar bandar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik dan Biologi.
Menurutnya, pencapaian dalam Matematik, Sains dan Kimia pula adalah stabil berbanding tahun sebelumnya.
“Pada masa sama, bilangan calon yang menjawab dalam bahasa Inggeris bagi semua mata pelajaran sains dan matematik pada peperiksaan SPM 2007 adalah seramai 252,513 calon berbanding 47,142 calon menjawab dalam dua bahasa.
“Jumlah itu menunjukkan pelajar yakin untuk menjawab dalam bahasa Inggeris bagi semua mata pelajaran terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan SPM 2007 di sini hari ini.
Pada 2007, seramai 439,255 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.
Calon-calon yang menduduki SPM 2007 adalah kohort pertama yang mengikuti PPSMI di tingkatan satu pada 2003.
Alimuddin berkata, kejayaan dalam PPSMI itu seolah-olah mempunyai hubungan signifikan dengan peningkatan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Menurutnya, seramai 286,601 calon memperoleh gred 1A hingga 8E dalam Bahasa Inggeris berbanding 265,611 calon pada tahun sebelumnya.
“Ini menunjukkan program meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah-sekolah di Malaysia berjaya,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, penggunaan sepenuhnya bahasa Inggeris dalam semua mata pelajaran sains dan matematik pada peperiksaan SPM akan datang masih dalam peringkat kajian.
“Kementerian akan tetap berpegang kepada keputusan yang telah dibuat sebelum ini iaitu penggunaan dwi bahasa bagi semua mata pelajaran sains dan matematik,” katanya.



KOMEN


Seperti yang kita maklum, tajuk berita ini adalah tentang peningkatan pelajaran...

Penggunaan bahasa nggeris mampu tingkatkan pencapaian..

Memang kita rasa berbangga tetapi hanya berbangga untuk peningkatan pelajaran sahaja..adakah adil...semakin tinggi ita berbangga dengan pencapaian yang meningkat disebabkan penggunaan bahasa inggeris...semakin terhapusnya bahasa kita...BAHASA MELAYU...


Adakah anda sedar tentang situasi ini...inilah penjajahan melalui bahasa..peningkatan pencapaian ini tidaklah seberapa kalau dibandingkan dengan terhapusnya bahasa melayu..bahasa kebangsaan...bahasa yang digunakan oleh masyarakat komuniti di malaysia...Adakah bahasa melayu ini hanya cebisan bahasa dalam kehidupan kita...kenapa disishkan semata-mata ingin mengejar pembangunan semata-mata..cuba lihat negara maju seperti Jepun...negara mereka maju disebabkan apa...mereka tidak guna bahasa inggeris...sebaliknya menggunakan bahasa Jepun...lihatlah..bagaimana mereka boleh maju dengan bahasanya sendiri...

Itu baru negara Jepun...cuba lihat negara Perancis...mereka juga utamakan bahasa ibunda mereka...tetapi boleh maju...mereka juga turut gunakan bahasa ibunda dalam pelajaran...ekonomi da perhubungan...

mungkin kesedaran antara masyarakat kita masih kurang...cuba bayangkan...

Kenapa anugerah Sea Write Award diberikan...kebanyakkan kepada masyarakat kita....masyarakat melayu...kerajaan Thailand pulak tu....dan yang paling ajaibnya seorang pengajar Cina di Universiti Putra Malaysia juga mendapatnya...Seorang berbangsa cina...tapi hatinya terhadap kesusasteraan melayu...pantun...syair...gurindam...semua beliau tahu...beliau adalah Dr Lim Swee Tin...seorang cina tapi bahasa melayunya mengalahkan masyarakat kita....

Adakah anda sedar bahawa anda ketinggalan...sedangkan orang lain ingin belajar bahasa kita tetapi mengapa kita menyisihkannya...

Bahasa melayu boleh dilonjakkan menjadi bahasa perantaraan...terserah kepada kita...buktinya zaman Melaka...bahasa melayu menjadi bahasa intelektual...kenapa perkara sebegini terjadi...


bahasa kita..bahasa ibunda...dulu...disebabkan tidak lulus bahasa melayu dalam peperiksaan ada yang sanngup membunuh diri...kenapa...sebab pentingnya bahasa melayu...


sebelim ini pun peningkatan pencapaian di sekolah pun berdasarkan bahasa melayu...kalau bahasa melayu gagal, ibarat semuannya gagal...


bahasa melayu adalah nadi kepada kita..nadi bangsa dan negara...orang hanya akan mengenali kita berdasarkan bahasa...bahasalah nadi kita...


fikirkanlah...usahalah untuk memartabatkan bahasa kita...

BAHASA MELAYU.........


RENUNGAN SEJENAK DARI BUDAK HITAM.....................

12 Mac 2008 / 4 Rabiul Awal 1429



25 maut, 200 cedera di Lahore -- Ibu pejabat polis, agensi pengiklanan dibom



BANGUNAN yang menempatkan agensi pengiklanan di Lahore musnah sama sekali selepas serangan bom berani mati, semalam. – AFP.






LAHORE 11 Mac – Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan 200 lagi cedera dalam dua letupan bom yang menggegarkan sebuah ibu pejabat polis persekutuan dan sebuah agensi pengiklanan di bandar ini hari ini.
Letupan tersebut merupakan insiden terbaru dalam gelombang keganasan yang meragut lebih 600 nyawa di seluruh Pakistan tahun ini.
Keganasan itu menimbulkan cabaran besar bagi kerajaan campuran baru yang akan datang selepas kemenangannya pada pilihan raya Parlimen 18 Februari lepas.
Letupan pertama memusnahkan sebahagian pejabat Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) di bandar ini, menyebabkan bahagian dalam bangunan itu runtuh dan kenderaan yang diletakkan di luarnya musnah terbakar.
“Sejumlah 21 orang terbunuh dalam letupan di premis FIA. Sebutir bom dipercayai dipasang di dalam bangunan itu,” kata Ketua FIA Lahore, Chaudhry Manzoor Ahmed.
Bagaimanapun seorang penyiasat polis berkata, letupan itu dipercayai angkara seorang pengebom berani mati.
“Kami percaya penyerang berani mati itu memandu sebuah kenderaan dan merempuh kaunter penyambut tetamu.
“Kami hanya menemui beberapa serpihan kereta dalam serangan itu,” kata pegawai penyiasat, Supritendan Babur Bakht Qureshi.
Percikan darah dan cebisan daging manusia bertaburan di kawasan di luar bangunan lapan tingkat tersebut.
Empat lagi terbunuh apabila letupan kedua berlaku tidak lama selepas itu telah memusnahkan bangunan sebuah agensi pengiklanan di kawasan mewah bandar ini, kata Babur.
Kedua-dua letupan berlaku seminggu selepas dua oran pengebom berani mati meletupkan diri mereka di sebuah kolej tentera laut di bandar ini.
Serangan itu menyebabkan lima mangsa maut dan 19 yang lain cedera.
Pakistan telah digegarkan oleh enam letupan besar sejak pilihan raya Parlimen 18 Februari lalu.





Komen





Letupan...


Pengeboman...


Pembunuhan...





adakah ini jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah...adakah akal manusia akhir zaman terlalu singkat...hanya tahu mengabil jalan ringkas...habis melayang nyawa yang tidak berdosa...adakah ini salah satu kitaran hidup..


Pengeboman dilihat ibarat mainan semata-mata....terutama sekali berlaku di negara islam...sama seperti kita..negara islam...Pakistan...





adakah islam mengajar umatnya membunuh...sesuka hati...tanpa sebab..





adakah dengan meletupkan bom...dapat selesaikan masalah..





pengeboman ibarat mainan...membunuh ibarat benda yang terlalu kecil untuk diakali...adakah islam mengajar kita membunuh...siapa yang bersalah...





siapa yang mengebom...siapa orang yang disasarkan...kenapa masalah ini berlaku?





fikirkan...adakah ini matlamat manusia...niat tidak menghalalkan cara...walauapapun yang berlaku...





adakah ada jala penyelesaiannya....mesti adakan..cuma kita masih belum dapat mencapainya...kenapakah pengeboman berlaku di negara islam...dengan agamanya mengajar tentang nilai-nilai murni...


fikirkannya......





itulah dunia...


ada yang miskin dalam hidupnya....


miskin rohani.....





hujan pagi mengamit perasaan


sejuknya badan dikala pagi


kenapa rosak seluruh alam


ditanya siapa tiadanya menjawab...





hadir dunia sebagi hamparan


untuk khalifah mentadbir bangsanya


kenapa manusia berbangga-bangga


hanya kepada suatu yang sementara


.................





adakah manusia layak menjadi khalifah di dunia....


fikir-fikirlah.....

sebagai manusia kita dilantik sebagai kahlifah tetapi kitalah pembunuh kepada bangsa sendiri...inilah dunia akhir zaman....pembunuhan dimana-mana...penganiayaan di mana-mana

siapakah pembelanya....

kitalah pembelanya...belanya bangsa sendiri...sedarlah...tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan.....

dakwah islamiah...............

Thursday, March 6, 2008

6 Mac 2008 / 28 Safar 1429


6 Mac 2008 / 28 Safar 1429


Perang baru bermula - Venezuela

CUCUTA, Colombia 5 Mac - Venezuela dan Ecuador mengukuhkan kedudukan tenteranya di sempadan dengan Colombia ketika ketiga-tiga negara saling melemparkan kecaman berikutan tindakan Bogota melakukan serangan lintas sempadan ke atas kem gerila di dalam wilayah Ecuador.
Ecuador juga menolak permohonan maaf Colombia yang dianggap tidak mencukupi dan menggesa antarabangsa mengecam serangan tersebut semasa mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) di Washington bagi meredakan krisis serantau ini.
Menteri Kehakiman Venezuela turut mengisytiharkan bahawa perang "baru bermula."
Presiden Ecuador, Rafael Correa menyifatkan rakan sejawatnya dari Colombia, Alvaro Uribe sebagai "pembohong besar," sementara Presiden Colombia itu menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendakwa Presiden Hugo Chavez dari Venezuela atas jenayah pembunuhan.
Presiden AS, George W. Bush turut mengeruhkan keadaan dengan menuduh Chavez melakukan "tindakan provokasi".
Walaupun masing-masing mengukuhkan kedudukan tentera, para pemimpin mereka lebih tertumpu kepada perang mulut dengan beberapa negara lain turut menyatakan Colombia melakukan kesalahan apabila menghantar tentera memasuki Ecuador.
Serangan pada awal pagi Ahad itu membunuh pemimpin kedua tertinggi Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), Raul Reyes dan 23 anggota gerila.
Uribe berkata, Chavez sepatutnya didakwa kerana membiayai FARC berdasarkan dokumen diperoleh daripada komputer riba yang dirampas dari tempat persembunyian Reyes menunjukkan Venezuela membuat bayaran AS$300 juta (RM960 juta) kepada pemberontak Colombia.
Presiden Colombia berkata, pihaknya tidak mahu terjerumus dalam peperangan.
Negara ini mempunyai 250,000 anggota tentera yang mendapat bantuan kelengkapan dan nasihat AS, melebihi bilangan tentera Venezuela dan Ecuador yang berjumlah 170,000 orang.
Venezuela dilapor menghantar 9,000 tentera ke kawasan sempadan sebagai "langkah berjaga-jaga" sementara Ecuador pula menghantar 3,200 tentera ke sempadan.

Komen

Adakah peperangan perlu kepada kita...

Adakah peperangan wajib untuk kita...

Adakah kita dilahirkan untuk berperang...

Jangan jadikan perang sebagai jalan penyelesaian...

sedarlah bahawa peperangan tidak menjanjikan apa-apa kebaikan kepada kita...adakah negara seperti di atas mampu menyelesaikan peperangan dengan berperang..

kenapakah hadir orang ketiga yang menjadi batu api


Apakah tugas Majlis Keselamatan Antarabangsa mampu menengani masalah ini atau sebaliknya mengeruhkan masalah ini...

cuba selidiki secara ilmiah...

mungkin ada orang ketiga atau dalang yang mencetuskan pra-peperangan ini..

adakah disebabkan pencerobohan untuk menghapuskan penyenayah atau pemberontak yang bersembunyi di negara lain boleh mencetuskan peperangan..

sebaliknya bekerjasamalah menangani masalah ini...

Peperangan tidak menjanjikan apa-apa kebaikan kepada masyarakat....

mungkin bencana ketiga perang dunia kedua masih belum mampu menyedarkan mereka...
ngerinya peperangan..

mungkinlah berlakunya peperangan dunia ketiga...

hanya terletak kepada kita...

perlunya usaha diplomatik dalam mengatasi masalah ini...
jangan diharapkan kuasa-kuasa veto negara dunia ketiga sahaja...

sebagai negara serantau kita mampu mengatasinya...

tak salah melakukan bantahan...

secara damai...
bukan kekerasan...

atasi masalah ini...inilah dunia...sedikit tercalar ingin dicatnya seluruh badan...

adakah ini permuafakatan...
adakah ini kedamaian
apakah yang dijuangkan oleh PBB....Penubuhan Undang-Undang Geneva..

mungkin sekadar pangkat atau kemegahan...
yang terseksa mereka yang tidak bersalah...

tiadakah upaya dalam menangani masalah ini...

ibarat hujan di pagi hari
dihujani embun pagi
di mana pelangi pagi
sekadar impian di malam mimpi...

itulah panorama dunia...

bersuka ketika orang lain berduka..
ketawa bila dipaksa...

.....................................................adakan ini dunia..

assalamualaikun...